Sunday, 20 January 2013

SENANG JE..SAPE KATA SUSAH

Asalamualaikum...

hey..camne diet korang sume..ok x?? ke..dah giveup.. jangan la cam2 uolss.. ok la camne je la.. kalau korang susah sgt nak diet..n korang rase diet nie teruk sgt. korang makan la ape2 je korang nak.. tapi carb jgn amek lebih 20g.. yang laen korang nak melantak, makan je la.. senangkan..


Kalau Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Kalau pergi restoran or gerai ke, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab(roti jgn tw), dan lain-lain. 

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti, bende manis2 je.. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je. kalau korang xcaye buat la..

miera pon buat tw.. caye la uols miera buat dalam mase mase 11hari miera turun  6kg.. tp kene disiplin la...nie baru peringkat induction.. harap2.. miera sampai la target yang  miera nak..

dlm entry nie miera xnak update menu..bosan la..menu yang same..telur...ayam panggang..ikan..goreng..sambal.. 

n pagi td miera timbang
BERAT BADAN PADA  21 JANUARY 2013 : 69.5 KG  

Wednesday, 16 January 2013

PERMULAAN YANG PENTING UNTUK DIET ATKINS

Asalamualaikum..

ok miera nak bagi info sket pasal diet ATKINS nie.. tapi bagi yang tak tahu lagi ape 2 diet atkins nie. n macamane diet atkins nie.. KLIK SINI.



Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 

4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
miera cadangkan korang semua maintain dulu INDUCTION iaitu peringkat 1  sebab

No.1 Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah korang lalui selama ini. 

Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (itu paling kurang ok) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. 

Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

ingat, keyword dia ialah tapak permulaan.. jadi untuk bermula, kita kena disiplin dan biasakan diri dulu, jangan teruja terus nak buat diet ni, tanpa mengetahui apa boleh makan dan apa tak boleh makan.. end up give sebab berat tak turun, malah bertambah.

bile kite berada dalam peringkat INDUCTION.. ia akan melalui proses yang dipanggil KETOSIS. 
APE ITU KETOSIS..(macam pelik je bunyinye yea)

KETOSIS adelah 1 proses dimane badan menggunekan LEMAK sebagai punca tenaga...asalnye badan kite menggunekan CARBOHYDRATES... Sebab tuh kite tukar badan kite drpd menggunekan CARBOHYDRATES sebagai tenage kepada LEMAK sebagai tenage...jadi,tu la ketosis...bile kandungan CARBOHYDRATES kite rendah,badan akan mengesan kekurangan CARBOHYDRATES dan badan akan membakar LEMAK sebagai punca tenage.

(Paham tak nie..kalau kurang paham bace banyak-banyak kali. miera pun bace banyak2 kali sampai paham..kalau dah banyak  kali bace pon xpaham..ko print out page nie..ko rendam buat sup..)

TANDA2 KETOSIS BERLAKU
-Nafas berbau
-pening untuk permulaan
-Strong urine
-Tenaga bertambah
-selera makan berkurang

miera pon mengalami proses yang same jugak mase first ari 2.. tapi buat slow2.. yang paling penting JGN PONTENG MAKAN. miera pun  sekarang dlam proses INDUCTION jugak.. alhamdulilah so far DALAM 7 HARI miera LOSS 5KG..
sbb 2 miera nak korang pon gune diet nie.. n selame nie pun miera xpernah loss banyak KG dalam mase yang sangat singkat..tanpa berlapar..tanpa ubat..tanpa budget yang tinggi..n tanpa risiko...

so kite same2 kurus k uuoollss...

n macam biase menu miera

MENU 16 JANUARY 2013
pagi : ayam sambal seketul n paru goreng..
tengahari : roti bun gardenia (tapi separuh sbb kalau 1 bun 25 g carb)
malam : ayam goreng n kek coklat sket (heheh xleh tahan..tapi 3 sudu je ok!..)
(air suam 2.2 liter)

n pagi tadi miera timbang
BERAT BADAN 17 JANUARY 2013 : 71KG


Tuesday, 15 January 2013

LISTEN..LISTEN..LISTEN...LISTEN..

Asalamualaikum...

hi sume..saje je tajuk kasi suspen..sejak2 deman listen plak skang nie.. ok2..lupekan pasal listen 2..

haa..nie nak cite sket... tp kalau nak tw n paham ape yang miera nak cerite kat bawah nie.. KLIK SINI

ok td ade la miera research la sket2 pasal diet ATKINS nie.. ade yang kate xelok. merosakkan jantung la..sakit pinggang la.. n ade yang kate ok je.ade yang bertaun dah gune diet ATKINS nie sehat je.. xde pon kene sakit jantung ke hape bagai.. bukannye kena kurangkan carb untuk selama-lamanye.. bile dah sampai target naekkan balik jumlah carb..n amalkan semule pemakanan yang sehat mcm biase.. 

so far miera buat diet ATKINS nie ok jer.. xlemah pun.. janji banyak minum air..makan 3 kali sehari.. paling penting breakfast.. mmg kena ambil. sangat penting tw.. jangan ponteng makan. mmg sekarang orang yang yang nak diet dah set kat mind dorang jgn makan. xleh makan. isshhh.. orang suruh makan korang xnak makan.. bende yang xboleh makan korang dok hadap.. (same la ko miera)

ok now miera nak tunjuk kan contoh menu makanan yang rendah carb.. mesti ramai yang pening cari menu yang rendah carb.. yela.. asyik makan bende yang same je kan..mesti bosan.. jomm..lets see..hidangan timur katenye.. tapi nie contoh je..nak tw banyak lagi google la..hihi



nie pulak contoh piramid makanan untuk yang rendah carb




ok..macam biase menu miera. miera nie mmg gile sambal..kalau boleh hari2 mmg nak kene ade sambal..xkesahla..ayam sambal ke..ikan sambal ke..telor sambal ke, udang sambal ke..daging sambal ke.. janji sambal.. sian laki aku ari2 aku masak sambal..hahaha tapi die suke..sedap katenye..(perasan).. helloo.. husband i yang ckp i x cakap ok!!

MENU 15 JANUARY 2013
pagi : telur goreng ayam sambal 
tengahari : Bun sambal bilis gardenia (tapi belah dua sbb kalau 1 bun 25carb. so kalau setengah 12.5carb)
malam : scramble n ayam goreng remapah cicah mayonis 
(air suam 1.5 liter)  

BERAT BADAN PADA 15 JANUARY 2013 : 72 KG

ok miera cayok2.. i know u can do it.. (bagi semangat kat diri sendiri)

ok nanti miera update lagi k.. jgn lupe k.. JGN PONTENG MAKAN..N MINUM BANYAK AIR..

LETSS KURUS UOOLLLSSSSS.....


MINUM BANYAK AIR

Asalamualaikum...

heyy.. camne arinie nampak kurus ke tidookk..haa..harus la kurus kalau amatkan diet Atkins.. nak tw diet camne 2 KLIK SINI . miera masih lagi dlm mood diet yg sgt agak xbest.huhu.. sbb xbleh makan makan kegemaran.. coz i'm food lover.. dulu miera seorang yg mmg xsuke minum air. lagi2 air masak. tp disebabkan keinginan yang membuak membuang semue2 lemak yang telah lame bersemadi dibadan ku nie.ku gagahkan jua..(wah ayat ko). so miera pn beli 1botol air untuk menyukat air yg miera minum dlm sehari.
                                 ha nie die... 1500ml.. tapi 2kali isi.. baru cukup 3000ml. bersamaam 3liter

pagi2 sebelum g ofis mmg dah penuhkan botol nie.. n sblum balik dari office msti kene habiskan. sampai je umah terus topup balik tuk ptg n malam..

macam biase menu miera semalam..

MENU 14 JANUARY 2012
pagi : telur goreng dan ayam sambal seketul
tengahari : - (tak sempat)
malam : ayam goreng seketul dan coeslaw
(air masak 1.6 liter)

arap2 miera akan terus berdiet..sampai bile????? eerrrrrmmmm.... i don't know.... wish me luck yaaa.. hhahahaha
k bai.. nanti miera update senarai makanan beserta karbohidrat yea..
neway jgn ponteng makan yea..


Sunday, 13 January 2013

APA ITU DIET ATKINS

Diet Atkins lebihkan sumber  Protien daripada karbohidrat
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet. tunggu la lepas besalin..gerenti kurus..caye la..

CUBAAN YANG BOLEH DIBANGGAKAN

Asalamualaikum..

huh!!! ok..nie first time pengalaman diet atkins..so far mmg rase lemah sket..coz 12hb pagi mmg xmakan ape2..coz lambat bangun..hehehe(xleh harap btol ko). tp bile dah makan tengahari baru rase ok sikit. 
soo... moral of the story... JANGAN PONTENG MAKAN.. mmg la nak diet.. tp jgn xmakan ok.. tp makan makanan yang mengadungi tidak lebih dari (20g carbohydrate) sehari.

lg 1 kalau susah sgt nak tw banyak mane kite minum air..beli la botol air besar yang ade tulis mililiter or liter ke.

Macam biase menu miera..

12 JANUARY 2013
PAGI : -
TENGAHARI : IKAN SAMBAL 1 1/2 EKOR
MALAM : DAGING KEBAB N LETAK SKIT MAYONIS (dibuang roti n xletak sos) DAN
                  AYAM GORENG seketul (buang kulit)
(air suam 3 liter)

13 JANUARY 2012
PAGI : TELOR GORENG HANCUR(scramble)
TENGAHARI : IKAN BAKAR 1 EKOR
MALAM : TELUR SCRAMBLE N 1 KETUL AYAM SAMBAL
(air suam 2 liter)
                                         yummyyy...yummyyy... best...sedap n berkhasiat

HASILNYA.....xla banyak sgt turun..
BARAT BADAN PADA 13 JANUARY 2013 : 73 KG


n jap g miera cite ape 2 ATKINS DIET...

Friday, 11 January 2013

STARTING ATKINS DIET..

Asalamualaikum..

azam tahun baru mmg nak kurus.. ade org kate ok la 2 badan..xdela besa sgt.. 
tp bagi miera mmg sgt2 berat n besar..

so miera sekarang nak start buat ATKINS DIET.. arap2 berjaya.. sume support miera k insyallah..nanti miera cite ape 2 ATKINS DIET k..

TARIKH BERMULA : 10 JANUARY 2013
BERAT BADAN : 76 KG
BMI : 28.96 (mmg overweight


MENU 10 JANUARY 2013
pagi : telur setengah masak 1 biji
tengahari : -
malam : ikan bakar seekor
(air suam 2liter)


MENU 11 JANUARY 2013
pagi : telo separuh masak 1  biji
tengahari - tomyam daging
malam : ayam sambal 2 ketul
(air suam 2.5liter)


Thursday, 3 January 2013

Masih Berdua

eerrrmmm.. lamenye menerjah ke blog aku nie.. dah setahun lebih dah.. lamo beno rasenye.. tapi tibe2 tanggal 4bh january 2013 ni tetibe plak terlintas nak meghapdate balik blog dah dah berabok bersarang nie..

Permulaan yang baik..hari yang baik..bulan yang baik dan tahun yang baik.. Alhamdulilah masih bernafas dan berpeluang melihat keindahan ciptaan ALLAH S.W.T.

Usie Perkahwinan telah pun Terikat selame 2 tahun lebih.. alhamdulilah masih bertahan n hope bertahan sampai ke hujung nyawa.. tapiiiiiiiiiii.......

ape yang tapinye.........

uwweekkk...uweekkk...uweeekkk... bukan muntah la.. TAPI baby...


i need a baby... waaahhhhh...mane taknye miera rase tergugat n tercabar (wah ayat ko) mase miera kawin dulu ramai la officemate miera yang kawin pd tahun yang same. boleh kate tarikh 2 rapat2 la.. tapi skang sume anak2 mereke dah boleh bukan kate bejalan berlari.. terebang pon boleh la.. haaa.. mcm 2 kirenye lame bebenor la aku xmengandung. klu jumpe je mereke mereke 2..soalan standard "DAH ADE KE BELUM".
plss n camera..no camera.. no komen ya. haaa... felling2 retis katenye.. puas dah mak jawab nok.. xkesah pon sebenanya..tapi 2 la..errrmm.. 2la.. mls nak jawab dah..

Tapi rezeki datang dari allah.. nie bukan la nak merungut.. just nak share je.. kalau ade rezeki miera ade lah.. yang penting doa dan USEHE.. haa..2 yang penting... usehe la mcamane pun ko nak miera.. klu dah rezeki tak kan kemana..

so korang doa2kan la yea miera cepat2 dapat baby.. n bertambah la lagi seri  cahaya dalam rumah tangga miera

** suke tengok bile ibu mengandung dengan perutnye yang besar.. comel sgt...